Friday, March 29, 2013

Teman Baru

Hurm.. Salam dalam bisu.. Sejak kebelakangan ini, aku mula merasa sesuatu yang semakin hilang. Teman mungkin. Terasa kembali kekosongan hidup, tiada kemeriahan. Hadoila... Dunia aku sebagai seorang pelatih semakin menampakkan keharu biruannya. terbaru, aku mendapat cerita bahawa 10 daripada 147 orang tidak layak untuk menduduki final exam. Aku semakin kelam kabut. Jadi mungkin tiba masa aku perlukan seseorang yang bukan aku untuk menggantikan aku buat semenatara waktu. Yang mana, bidang yang dia ada jauh berbeza dengan aku, mungkin dari segi seni atau gaya bahasa. Siapa tahu. Semua orang tahu, aku mempunyai gaya bahasa yang kaku, yang tidak menarik perhatian orang lain untuk membacanya. Uwaaa..

Thursday, March 21, 2013

12 Perkara Pemeriksaan Vagina

Pemeriksaan vagina biasanya dilakukan oleh anggota perubatan/perawatan yang terlatih. Selalunya, pemeriksaan vagina ini sangat berkait rapat dengan keadaan ibu yang sedang dalam proses bersalin. Memandangkan aku seorang pelatih Jururawat masyarakat, sudah tentunya rutin kerja aku lebih kepada ibu ibu antenatal. (aku cuba google untuk mengetahui lebih lanjut tentang pemeriksaan vagina, tetapi apa yang aku dapat agak mengecewakan) Jadi, aku m mengambil keputusan untuk mendedahkan serba sedikit ilmu yang aku pelajari kepada umum. Kenapa? Sebab anda mempunyai hak untuk mengetahui yang terjadi dan yang berlaku kepada anda dan kenapa kami sebagai anggota kesihatan melakukan perkara yang sedemikian. 

Aku Seorang Pelatih

Menjenguk kembali blog yang hampir rapuh. Rapuh dibawa masa dan tuan yang kehilangan idea. Rapuh juga disebabkan internet connection yang tidak berapa memberangsangkan. Last published post was at Jan 7. Huhu.. Sekarang March 21st. Satu jangkamasa lama. Biasalah, blogger yang suam suam kuku, nak buat macam mana. Huhu. Alasan utamanya, aku sekarang tengah busy.. Kuikuikui  Agak boleh tahan, oleh kerana banyak kerja aku yang tertangguh, aku tidak mampu untuk berseronok dalam dunia maya. Huhu. Dan kerana kelalaian sendiri, aku terpaksa berusaha keras untuk menyiapkan segala tugasan, laporan yang sepatutnya aku siapkan. Dateline nya sudah jauh terbabas, menyebabkan aku mendapat "surat cinta" dari pengarah kolej kesayanganku.. Padanla muka aku kan. Huhu...