Wednesday, December 19, 2012

Penjagaan Ibu Hamil (antenatal) oleh Klinik Kerajaan

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera ke atas mu Readers... Background dan template blog aku tengah dalam proses penambahbaikan. Jadi tidak pelik kalau sekejap kulit dia bertukar tukar kaler macam sesumpah. Hehehe :p Permulaan sebuah kehidupan adalah dari ibu. Untuk post kali ini, aku berusaha untuk menyedarkan masyarakat di luar sana tentang penjagaan ibu hamil oleh klinik kesihatan dan klinik desa. 

Tuesday, December 18, 2012

Adat seorang student

Panas! Luar dalam aku sakit hati, niat asal aku cuba nak update blog dengan info berkenaan dengan antenatal, tapi bila dah rakan pelatih beritahu aku satu berita yang menyakitkan hati, langsung aku tak boleh nak buat apa. Jammed terus saraf kat otak aku. Adat seorang student.

Alkisahnya begini, kolej aku yang gah gemilang tu mempunyai peraturan yang ketat gila. Bermalam diluar cuma boleh sebulan sekali dan kalau outing kena masuk kolej sebelum pukul 7pm. So, memandang aku dah senior, aku kena praktikal kat luar. Bila dah kat luar, takkan aku nak duduk je kat dalam asrama tempat aku praktikal sedangkan rumah aku dekat gile dengan kawasan aku praktikal. Aku balik setiap minggu. Malang agaknye nasib aku minggu lepas, aku terkantoi ngan Lecture. Bila dah kecoh, aku pon diarahkan untuk buat surat tunjuk sebab. Dan hari ini, aku mendapat satu lagi berita, bahawasanya, penyelaras aku tahu la aku keluar secara haram. Dan, aku dilarang untuk balik selama sebulan berkuat kuasa bulan januari. Warghh!!!!!! Benggang gila la aku. Disebabkan ni seorang student, maka aku pun terpaksa lah akur dengan kehendak pemerintah kuku besi. Wargh!

Takde mood siot!

Thursday, December 13, 2012

Hari Terbuka Klinik Kesihatan Lenggeng Part I

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera readers! Lama kan tidak mendengar khabar berita dari Che (puan) Misi ni kan. Al maklumlah selepas Encik Iphone terpecah LCD nya, aku termati kutu (?) kerana takde kamera alternatif. So, bersawang la laman sesawang ni buat sementara waktu. Tambahan semenjak kebelangan ni, memang agak busy. Plus line broadband Celcom dalam kawasan Lenggeng ibarat siput sedut yang malu malu gitu.

Hari (13.12.2012), Klinik Kesihatan Lenggeng telah mengadakan Hari Terbuka yang dianjurkan bersama pelatih Jururawat Masyarakat (yakni aku dan rakan pelatih aku yang lain). Diamanahkan untuk bahagian demontrasi masakan membuat aku tahu apa tugas aku seterusnya. (Apalagi, bercakap lah). Disebabkan aku ni memang reti bercakap dan kaki bercakap, so tugasan untuk bercakap dan segala skrip dikhaskan untuk aku. Bahagian masakan, aku memang takkan sentuh, takut kumpulan sasaran keracunan makanan.