Friday, November 23, 2012

Sebulan yang lalu

Sebulan berlalu, dan aku telah pun meninggalkan hospital tempat bahan bahan untuk blog aku ini. Penat travel setiap hari telah pun hilang kerana kini, aku bertugas pula di sebuah klinik kesihatan (tempat dirahsiakan buat sementara waktu, takut nanti ada peminat, tak pasal pasal kerna serbu) (perasan ~). Hahaha.. Walaupun kehidupan di klinik agak membahagiakan, tetapi kini aku menghadapi masalah kerana laporan selama sebulan aku tidak siapkan. Mampus! Tak larat u..

Feeding

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera followers and silent reader... Agak lama juga tidak menulis. Huhu.. Punca LCD iphone aku pecah, jadinya, gambar yang menjadi bahan untuk mengupdate blog tidak dapat disiapkan. Kini kembali lagi walaupun kepala sudah banyak yang berkarat. Huhu.. Okaylah.. hari topik kita adalah "Feeding". Kalau diikutkan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, feeding membawa kepada maksud memberi makan. Tapi dalam konteks kerjaya aku, feeding ini adalah satu istilah untuk memberi susu kepada pesakit yang langsung tidak boleh menelan terutamanya yang terlantar di atas katil sahaja.