Thursday, October 25, 2012

Raya Korban

Raya korban biasanya disambut dengan meriah oleh saudara saudara Islam kita di bahagian pantai Timur. Seronok juga melihat rakan rakan yang menghitung hari bilakah balik cuti sedangkan aku tidak merasa apa apa. Huhu ~ kurang penghayatan kot sebab tidak berpuasa atau menempuh persiapan raya. Jadi semuanya tidak memberi apa apa makna. Jum layan maksud Hari Raya Korban a.k.a Raya Haji yang sempat aku copy paste sebijik dari wikipedia.. hehehe..

Thursday, October 4, 2012

Anak Luar Nikah

Entry yang ketiga untuk malam yang sama. Cerita ini tiada kena mengena dengan profession aku sebagai seorang anggota perawatan, cumanya aku terbaca dalam Mastika petang tadi (milik seorang patient) lalu terlintas di ruang akal ku untuk bercerita dan berkongsi pendapat. Membaca Mastika keluaran terbaru ini membuatkan aku tersentap dengan sambungan kisah sebelumnya. Mungkin tiada siapa diluar sana yang ambil peduli, tapi bagi aku ia sesuatu yang sangat serius dan menyedihkan, apabila saudara Islam kita murtad!

Dressing Set

Assalamualaikum wbt ~ Hari ini, aku ingin bercerita pula tentang dressing. Dressing, kalau yang biasa kita tahu adalah memakai pakaian atau yang seumpamanya. Itulah yang aku bayangkan pada kali pertama aku mendengarnya. Namun, dalam istilah medical, dressing ini langsung tidak ada kena mengena dengan pakaian. Hahaha ~

Sang Tua~

Hakikatnya, saban kali aku menyatakan bahawa aku sangat penat, namun setiap saban kali itu juga aku tetap akan cuba update blog yang tidak seberapa ini walaupun mataku sangat memprotes tindakan tuannya. Huhu ~
Hari ini kerja aku agak enjoy. Bukan kerana banyak kerja yang dilakukan, tapi dengan kehadiran  pesakit yang mula mengambil tempat di hati aku. Hehehe.. Sang ibu yang terlantar di katil hospital, dan anak yang setia menjaganya membuatkan aku mula menilai perikemanusian.

Tuesday, October 2, 2012

Air Selusuh - Kesan kepada ibu mengandung

Assalamualaikum sahabat alam maya... Hari ini terlalu banyak idea yang berlari dan berlumba lumba dalam kepala, tapi dek kerana aku semakin penat, aku tidak mampu untuk mengeluarkan semuanya. Mungkin ada nanti. Entry kali ini takde gambar ye.. Huhuhu..

Air selusuh. Biasanya orang melayu kita arif berkenaan dengan air tersebut. Disebabkan aku bukan dari kalangan melayu, aku mendapat info ini serba sedikit daripada kawan kawan. Menurut mereka, air tersebut adalah air biasa yang dibacakan dengan ayat ayat suci al Quran oleh orang orang yang bertauliah. Umpamanya seperti air Yassin. Air selusuh ni dipercayai untuk mempercepatkan proses bersalin dan digunakan sejak dulu lagi. Biasanya akan diminum selepas tanda tanda awal bersalin itu berlaku, seperti tumpah darah, pecah air ketuban atau sebagainya.

Monday, October 1, 2012

Tong Sampah

Assalamualaikum. Penatnye ulang alik dari Serdang ke Port Dickson. Sangat memenatkan. Siap boleh tido lena walaupun 'bas sekolah' aku tu tengah wat corner. Ade kesah? Yang penting - TIDO. Hari ini, aku ditempatkan di wad Medikal 7B Hospital Serdang. Huhu (Pecah rahsia lak) Tak kisahlah.. Bukan ade orang kenal pon kan? Ke ade? So, agak memenatkan la.. Al maklumlah, ade di antara pesakit tu tak berdaya dan perlukan perhatian penuh daripada perawat.

Hari ini, aku bukan nak cerita pasal pesakit. Aku nak berkongsi cerita dan pengalaman tentang TONG SAMPAH. Yeala, mana lah taw kan, kalau masuk spital gomen ni, tong sampah dia ade tiga jenis. Jangan lak maen buang je. Kalau spital swasta, aku lom check lagi la. Hehehe... Tunggu aku wat part time nanti la ye. Jum check warna tong sampah. XD