Sunday, September 30, 2012

Peralatan Menjahit Luka

Assalamualaikum. Hari ini  ahad, so esok aku kena mula bekerja. Aduh. Bila memikirkan kena bertugas, kepala otak aku terus geleng berpuluh kali, penyakit yang tiada ubatnya terus menghantui diri. Penyakit MALAS. Huhu ~

Walaubagaimanapun, ada sesuatu yang ingin aku kongsikan untuk pengetahuan semua. Seperti tajuk di atas, peralatan menjahit. Bukan jahit kain ye.. jahit kulit dan otot manusia. Heh Heh..Untuk pengetahuan, luka semasa bersalin ni adalah sesuatu yang normal. Hendak tak hendak memang kena lalui, tak kira lah bersalin secara normal atau pembedahan. (Kalau untuk pembedahan, aku tak jahit lah ye.. itu kena serahkan kepada yang lebih arif.)

6kg newborn baby!

Pernah melihat atau pernah terbayang yang anda akan terjumpa bayi yang lahir dengan berat 6kg?! Itu yang kami temui beberapa bulan yang lepas (dalam bulan september 2012). Kami menerima kelahiran bayi lelaki dengan berat 5.92kg! Dibundarkan menjadi 6kg. Mungkin sukar untuk diterima akal. Namun itulah hakikatnya.

Uri yang unik (The Unique Placenta)


Cuba teka apakah gambar di atas? Ini adalah gambar yang agak sulit dan sukar untuk didapati. Dalam istilah perubatan, ia digelar placenta, atau bahasa melayu nya Uri. Biasanya untuk kawan yang berbangsa Cina, kami biasa menggelar placenta ini sebagai bunga. (Di mana rasionalnya, aku masih tidak tahu.) Huhu..

Kenapa aku post gambar ini? Seperti yang aku katakan tadi, gambar ini adalah RARE, kerana bukan sahaja peraturan hospital yang melarang mengambil gambar, tetapi keadaan placenta ini agak luarbiasa dan susah untuk ditemui.

Salam Yang Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setelah begitu lama jari jemari kaku kematu. Kini aku kembali lagi dalam versi yang berbeza namun orang tetap sama. Siapa diriku biarlah rahsia. Aku tidak ingin mengupasnya. Cukuplah sekadar aku hanya aku. LoL ~

Aku seorang pelatih Jururawat Masyarakat ~ insyallah akan graduate tahun depan June 2013. Apa yang tertulis di sini selepas ini adalah pandangan peribadi salah seorang insan yang yang lemah daya di dunia ciptaan Allah swt.